https://www.google.com.my/#hl=en&sclient=psy-ab&q=gambar-gambar+haiwan
Saya menggunakan web ini untuk set induksi.
BLOG PNP BAHASA
Saturday, May 4, 2013
Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu
Rancangan
Pengajaran Harian Bahasa Melayu
Tarikh : 25 April 2013
Tarikh : 25 April 2013
Hari : Khamis
Masa : 9.10 – 10.10 pagi
Kelas : 4 Alpha
Bilangan murid
: 25 orang
Matapelajaran :
Bahasa Melayu
Tema : Yang Baik Jadikan Teladan
Tajuk : Monyet yang Pintar
HASIL PEMBELAJARAN
:
Fokus
Utama :
11.2 – Mengulas karya bukan sastera dari aspek
penggunaan perkataan, idea,
ayat, wacana dan nilai pengajaran.
Aras 2 (ii) – menjelaskan mesej dan nilai yang terdapat
dalam teks
Fokus sampingan :
5.3 - Membaca
perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul serta memahami perkara yang
dibaca.
Aras 1 (i) -
Membaca perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi ayat tunggal dan ayat manjmuk dengan
sebutan
dan intonasi yang betul.
OBJEKTIF : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran,
murid-murid akan dapat :
i.
Membaca petikan
(cerita) dengan lancar dan intonasi yang betul
ii. Menyatakan 5 nilai yang
terdapat dalam teks dengan betul
iii. Menulis 5 nilai yang
terdapat dalam teks dengan betul
Strategi
Pengajaran : - Penerangan
-Perbincangan
Sistem Bahasa : Ayat majmuk
Simpulan bahasa
Sinonim
Pengisian Kurikulum : Ilmu : Kesusateraan
Nilai: Keberanian
Yakin Diri
KBT : Kecerdasan Pelbagai
- verbal linguistic
Kemahiran Berfikir
- menilai
Bahan Bantu
Mengajar : -Rakaman bunyi haiwan
-poster
gambar haiwan
-petikan
-kad
imbasa simpulan bahasa
-kad
imbasan nilai
-stensilan jadual draf jawapan
Pengetahuan
sedia ada : Murid tahu tentang nilai dan penanda wacana.
AKTIVITI:
Masa /
Langkah
|
Isi Pelajaran
|
Aktiviti Pengajaran
dan Pembelajaran
|
Catatan
|
Set Induksi
(5 minit)
|
Bunyi Haiwan
|
1. Murid-murid mendengar
rakaman bunyi haiwan-haiwan.
2. Murid-murid menyatakan/
meneka bunyi haiwan yang
didengari.
3. Murid-murid melihat
paparan
gambar haiwan pada slide.
|
·
Rakaman bunyi haiwan
·
Slide gambar haiwan
|
Langkah 1
(10 minit)
|
Membaca petikan
|
1. Murid-murid membaca
dengan
senyap petikan yang diedar oleh
guru.
2. Murid-murid membaca
petikan
secara kuat dengan intonasi yang
betul.
3. Murid-murid membaca
petikan
secara berkumpulan dengan
sebutan dan intonasi yang betul.
4. Murid-murid membaca
dengan
kuat secara individu dengan
lancar dan betul intonasinya.
|
Petikan
Monyet yang Pintar
|
Langkah 2
( 10 minit)
|
Memahami maksud, kosa
kata, simpulan bahasa, rangkai kata dan ayat
|
1. Murid-murid
berbincang tentang maksud kosa kata yang tidak difahami.
· Maksud simpulan
bahasa
· Maksud rangkai kata
dan ayat
· Kandungan cerita
secara keseluruhan
|
|
Langkah 3
(20 minit)
|
-Nilai-nilai dalam
petikan
-Penanda wacana
|
1. Murid-murid
berbincang dan
mengenal pasti tentang frasa
frasa yang menunjukkan nilai
dalam petikan dan menyatakan
nilai yang diutarakan secara
berpasangan
(mencatat dalam
jadual)
2. Murid-murid menyatakan
nilai-
nilai yang telah diperoleh.
3. Murid-murid
menyatakan
penanda wacana yang boleh
digunakan.
|
Nilai
-lampiran
Jadual
-lampiran
Penanda wacana
-lampiran
|
Langkah 4
(10 minit)
|
Menulis 5 nilai
daripada petikan dalam perenggan
|
1. Murid-murid
menulis 5 nilai yang
diperoleh daripada petikan
dengan menggunakan penanda
wacana dengan betul dan kemas
dalam satu perenggan.
|
|
Langkah 5
Penutup
(5 minit)
|
Membacakan hasil
kerja
|
Beberapa orang murid
membacakan hasil kerja mereka.
|
LAMPIRAN 1
1. Jadual
Penanda wacana
|
Nilai
|
Contoh
|
2. Lampiran
2
Monyet
yang Pintar
Binatang-binatang
kecil di hutan tidak senang hati dengan kedatangan singa di tempat mereka.
Singa itu mengaku dirinya raja walaupun sebenarnya dia bukan raja di hutan itu.
Singa itu sangat ganas. Binatang-binatang yang lemah sering menjadi mangsanya.
Oleh itu, binatang-binatang di hutan tersebut mencari jalan untuk menghapuskan
singa itu.
“ Biar saya yang
pergi berjumpa dengan singa itu. Saya akan merayu kepadanya agar tidak
menangkap haiwan di hutan ini lagi,” kata kambing tua kepada kawan-kawannya. Dia sanggup berkorban nyawa
demi keselamatan rakan-rakannya.Semasa pertemuan dengan kambing,, singa itu
berkata dengan angkuh. “ Kalau kamu
tidak mahu aku menangkap binatang di hutan ini lagi, kamu hendaklah
mempersembahkan makanan kepada aku setiap hari.” Terdiam semua binatang apabila
kehendak singa itu disampaikan oleh kambing tua kepada mereka. Seua yang adan di situ mati akal seketika. Naik
darah kijang mendengar kata-kata singa itu. Dia berfikir sejenak lalu berkata
dengan marah.
“Jangan beri
muka kepada singa yang kejam itu. Ada hati dia mahu makan kita. Kita mesti
membunuhnya sebelum kita menjadi mangsa seterusnya.”
“Tapi bagaimana,
kijang?” sampuk arnab yang hanaya berdiam diri sejak tadi.
“Kita masih ada
jalan. Biar saya yang menjadi mangsanya yang pertama,” kata monyet dengan
berapi-rapi. Esoknya, monyet pergi menyerah diri kepada singa itu.
“Mengapa lambat,
ha? Engkau tahu tak, aku lapar?” herdik singa.
“Ma…ma…maafkan
patik tuanku, semasa dalam perjalanan ke
sini, patik telah ditangkap oleh seekor singa yang mengaku dirinya raja,”
sembah monyet pura-pura ketakutan.
“Apa?
Raja? Hanya aku raja di hutan ini! Tunjukkan kepadaku tempat si bedebah itu.
Biar aku tamatkan riwayatnya!” kata singa dengan bengis. Panas hati singa
mendengar penjelasan monyet.
Monyet
pun membawa singa ke sebuah perigi. Apabila tiba di tepi perigi tersebut,
monyet pun berkata, “ Itu dia singa yang mengaku dirinya raja, tuanku,” Monyet
menunjukkan baying-bayang singa di dalam perigi itu. Tanpa membuang masa, singa
pun terjun ke dalam perigi tersebut untuk membunuh Sang Singa yang dilihatnya
itu. Monyet riang kerana rancangannya berjaya.
Semenjak
hari itu, binatang-binatang di hutan tersebut hidup dengan aman dan bahagia.
LAMPIRAN 3
KAD NILAI
ADA HATI CARI JALAN
ADA JALAN PANAS HATI
BULAT HATI NAIK DARAH
BERI MUKA MATI AKAL
LAMPIRAN
4
KAD NILAI
MUAFAKAT BEKERJASAMA
BERANI BAIK HATI
Subscribe to:
Posts (Atom)
~seuntai kata~


